Thursday, November 28, 2013

HILUX4TP ~ beli sambil derma


TP a.k.a Telekung Project dah launch project terbaru TP,

Telekung Project Signature T-Shirt


Project ni dibuat untuk meraih dana untuk HILUX yang akan digunakan dalam 

project amal akan datang.

HILUX4TP , InsyaAllah

Satu yang saya kagumi, founder TP tak pernah meminta-minta. Instead of 

minta orang bg derma, mereka usahakan project² yang boleh menjana duit 

untuk TP. Best tau siapa yang beli t-shirt ni. Bayangkan setiap kali HILUX ni 

digunakan,kita dapat pahala. dan TP memang terkenal dengan 

bermacam-macam project amal , bukan setakat kat Malaysia je tapi dah 

sampai ke Palestin!


Sesiapa yang berminat dengan 'saham' HILUX ni, just follow step² ni :

1) Email ke signaturetp@gmail.com

2)  Sertakan maklumat ni dalam email :

Nama:
Alamat Penghantaran :
No.Tel:
Jenis Tempahan : (Contoh) Dewasa/Lengan Panjang/Hitam/Size M/2 helai
Maklumat Pembayaran : Bank/Tarikh/Masa/Kaedah Bayaran (sertakan bukti pembayaran)

Detail Signature T-shirt:

WARNA :  HITAM DAN PUTIH
DEWASA LENGAN PANJANG SIZE S - 4XL : RM 35
DEWASA LENGAN PENDEK SIZE S - 4XL : RM 30
KANAK-KANAK LENGAN PENDEK SIZE XS - L : RM 25
KANAK-KANAK LENGAN PANJANG SIZE XS - L : RM 30

Bayaran  POS

1-3 HELAI = RM 10
4-6 HELAI = RM 15
7-9 HELAI = RM 20
10 - 13 HELAI = RM 25
14 - 16 HELAI = RM 30

Payment details :

1622 1803 6971 (Maybank Admin TP Norazila Abdul Aziz)
1222 0006 200 206 (CIMB Admin TP Norazila Abdul Aziz)

design baju yang cun

Tempahan secara pre-order & akan ditutup pada 30. Nov . 2013

  

Wednesday, November 27, 2013

Musim Sejuk Syria

Setiap hari dipejabat, barang wajib ada yang mesti saya bawa ke pejabat ialah 

sweater . Sejak² lepas pantang pulak, memang wajib pakai stokin. Bukan  

pemantang tegar, tapi kalau tak pakai baju sejuk, memang tak tahan duduk di 

ofis. Kesejukan aircond buat hidung terasa hampir² nak berdarah. Jari jemari 

sejuk membeku seolah tak boleh menaip di keyboard lagi. Tanpa baju sejuk, 

terasa tak aman hidup di ofis .


Kesejukan sampai menusuk tulang buat saya sayu mengenangkan anak² di 

Syria. Tanpa pemanas, tanpa tempat tinggal sempurna, tanpa makanan yang 

mencukupi..lebih malang lagi tanpa pakaian yang sesuai, membayangkannya 

saja buat saya mahu menangis.


Nasib baik Malaysia Life Line for Syria dah ambil langkah kedepan dan buka 

Tabung Bantuan Musim Sejuk Syria 2013. Lebih bagus lagi, mereka 

menyediakan resit pengecualian cukai untuk penderma.


isi borang di sini untuk apply pengecualian cukai

Jomlah sama² kita memberi sebanyak yang kita mampu

Imam Muda Hassan kata ,

" Duit dalam dompet, simpanan dalam bank belum tentu rezeki kita, milik kita. 

Tetapi jika wang atau harta yang kita sedekahkan, Insya Allah pahalanya milik 

kita "

Monday, November 11, 2013

Cerita dalam pantang : Batu sungai sebagai batu tungku



Masa dalam pantang, mak memang akan pastikan 

anak-anaknya bertungku. 'Badan nak pakai lama' katanya.

Diusia 63 tahun, emak masih aktif berkebun. Selalunya jika 

keluar melawat tanaman kesayangannya di halaman rumah, 

emak akan masuk semula kerumah waktu tengah hari.Tanpa 

berhenti rehat, dia terus sambung memasak.Bayangkan 

berjam-jam diluar, min cuma mencabut rumput sebatang

dua dah terasa letih teramat.


Melihat pada orang yang banyak makan garam, rasanya 

lebih baik diikutkan saje walaupun bertungku ni memang

pekerjaan yang renyah untuk dibuat setiap hari. 


Ramai orang susah nak dapatkan batu tungku yang sesuai.

Salah satu tips yang dikongsi oleh kakak ipar, beli saje

di nursery. Batu tungku yang min gunakan dipinjamkan 

oleh kakak ipar, punyalah tahan batu ni sebab dah 

digunakan berkali-kali. Yang paling mudah 

bentuknya yang leper dan ringan. 


Batu tungku yang dialas dengan daun lengkuas

Selalunya selepas dipanaskan, batu ini dilapikkan dengan 

daun-daun herba yang banyak sebelum dibungkus dengan

kain terpakai. Tapi kalau tak ada daun herba, bungkus 

dengan kain saje pun boleh. Cuma berhati-hati sebab batu 

yang panas boleh merosakkan kain.


Sunday, November 10, 2013

Resepi berpantang : Siakap Stim Halia mudah & pantas



Selalunya ibu-ibu dalam pantang disuruh membanyakkan makanan 

berasaskan halia & lada hitam. Ada yang kata ianya bagus untuk 

memanaskan badan & membuang angin dalam badan.


Resepi Ikan Siakap Stim Halia ni memang sangat mudah 

disediakan oleh ibu dalam pantang. Malah tak perlu berdiri lama di 

dapur & boleh disediakan dalam masa yang singkat .Kiranya  

ini resepi campak-campak versi ibu berpantang .





Bahan - bahan :

Seekor siakap saiz sedang dicuci bersih

Sayur : brokoli , saderi & tomato - dicuci & potong ikut suka

Halia anggaran saiz ibu jari - dihiris halus seperti batang mancis

Sebatang serai - dihiris bulat-bulat

Asam keping

Bawang merah & putih - dihiris halus

Lemon /limau


Caranya :

1. Panaskan air di atas kuali dan masukkan bawang  merah, 

bawang putih, halia, serai

2. Letakkan ikan diatas periuk kukus - perahkan limau/ lemon & 

sedikit garam.

Nota : Jika tiada periuk kukus, ikan boleh dimasukkan kedalam step 1 setelah air menggelegak

3. Masukkan sayur-sayuran (kecuali tomato) di dalam periuk kukus

Nota : sayur lebih terpelihara khasiatnya jika dikukus berbanding direbus

4. Setelah ikan lembut, masukkan asam keping kedalam kuah dan 

perasakan dengan garam

5. Sedia dihidang 


Petua lain untuk kesihatan ibu berpantang ialah elakkan memakan makanan yang sejuk. Seeloknya 

makanan terus dimakan semasa masih panas untuk mengelakkan angin / kembung







Friday, November 8, 2013

berpantang selepas D&C : bertungku & mandi herba


Almadulillah, saya tidak mengalami apa² masalah selepas proses D&C. Untuk mengelakkan rasa

berangin dan bisa dalam badan, saya mengamalkan petua orang dulu-dulu ... bertungku & mandi

herba.


Oleh sebab saya bersendirian di rumah, cara paling senang nak 'memasak' batu tungku ialah

dengan memasaknya bersama-sama air mandian herba.



Masak guna dapur gas je. Pastikan guna api yang sangat perlahan supaya batu sungai jadi betul² panas sebelum digunakan
 Untuk air mandian pula, saya hanya gunakan herba yang dibekalkan kakak ipar. Herba petik-petik

dari halaman rumah je. Ramuan antaranya daun pandan, serai wangi, daun kunyit & mengkudu.

Saya  tak berapa pasti fungsi sebenarnya, tapi haruman herba & mandian air suam memang

menjadikan badan dan kepala sangat relax dan selesa..


Jadi kpd ibu-ibu yang baru bersalin atau D&C, rajin-rajinlah manjakan diri dengan bertungku & mandi

herba . ala membawa Bali Spa ke rumah!


Update BUY & DONATE for Syria

Alhamdulillah, last Rabu, sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor, saya & suami selesaikan amanah kami untuk project BUY &...