Friday, December 13, 2013

Update BUY & DONATE for Syria


Alhamdulillah, last Rabu, sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor, saya & suami selesaikan amanah kami untuk project BUY & DONATE for SYRIA ini .


Kesemua baju musim sejuk & dana kutipan telah dihantar ke pejabat Syria Care di Shah Alam.

Antara baju sejuk yang dihantar

Semoga selamat sampai

   
Thomas untuk anak² Syria

Sweater merah

Sweater hitam

Comelkan! Terima kasih cik Ana yang menyumbangkan baju comel ni

Plan asal nak hantar lebih awal, tetapi dek kerana musim hujan, baju yang dihantar ke dobi ambil masa yang lebih lama utk kering .....


Baru ambil dari dobi. 3 plastik kesemuanya

 
Lepas cuci, semua baju² ini di pack satu-persatu.
Tujuannya supaya bau harum di baju-baju ni boleh sampai ke Syria & hopefully selamat dari kekotoran selepas bersempit-sempit didalam kontena.

Bungkus² supaya bau harum boleh bertahan


Di Syria Care Shah Alam ... kumpulkan setempat dulu, senang nak loading nanti

Update kutipan dana :

Target asal ialah RM 520 ( rm20 x 26 helai). Tetapi jumlah yang berjaya dikumpul ialah RM 1114.

Selepas ditolak kos dobi,  jumlah dana yang diserahkan kepada pihak Syria Care Shah Alam ialah RM 1080

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.
Syukur.


UPDATE : Resit telah diterima pada Jan 2014 sebagai bukti amanah yang telah diserahkan kepada pihak Syria Care

Terima kasih kalian yang bersama-sama dalam project ni. 

Semoga Allah limpahi kalian dengan rezeki yang berlipat kali ganda dan semoga kalian sentiasa didalam rahmat & redhaNya.


No comments:

Post a Comment

Update BUY & DONATE for Syria

Alhamdulillah, last Rabu, sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor, saya & suami selesaikan amanah kami untuk project BUY &...