Alhamdulillah, last Rabu, sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor, saya & suami selesaikan amanah kami untuk project BUY & DONATE for SYRIA ini .
Kesemua baju musim sejuk & dana kutipan telah dihantar ke pejabat Syria Care di Shah Alam.
![]() |
Antara baju sejuk yang dihantar |
![]() | ||
Semoga selamat sampai |
![]() |
Thomas untuk anak² Syria |
![]() |
Sweater merah |
![]() |
Sweater hitam |
![]() |
Comelkan! Terima kasih cik Ana yang menyumbangkan baju comel ni |
Plan asal nak hantar lebih awal, tetapi dek kerana musim hujan, baju yang dihantar ke dobi ambil masa yang lebih lama utk kering .....
![]() | ||
Baru ambil dari dobi. 3 plastik kesemuanya |
Lepas cuci, semua baju² ini di pack satu-persatu.
Tujuannya supaya bau harum di baju-baju ni boleh sampai ke Syria & hopefully selamat dari kekotoran selepas bersempit-sempit didalam kontena.
![]() |
Bungkus² supaya bau harum boleh bertahan |
![]() |
Di Syria Care Shah Alam ... kumpulkan setempat dulu, senang nak loading nanti |
Update kutipan dana :
Target asal ialah RM 520 ( rm20 x 26 helai).
Tetapi jumlah yang berjaya dikumpul ialah RM 1114.
Selepas ditolak kos dobi, jumlah dana yang diserahkan kepada pihak Syria Care Shah Alam ialah RM 1080!
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.
Syukur.
![]() |
UPDATE : Resit telah diterima pada Jan 2014 sebagai bukti amanah yang telah diserahkan kepada pihak Syria Care |
Terima kasih kalian yang bersama-sama dalam project ni.
Semoga Allah limpahi kalian dengan rezeki yang berlipat kali ganda dan semoga kalian sentiasa didalam rahmat & redhaNya.