Friday, December 13, 2013

Update BUY & DONATE for Syria


Alhamdulillah, last Rabu, sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor, saya & suami selesaikan amanah kami untuk project BUY & DONATE for SYRIA ini .


Kesemua baju musim sejuk & dana kutipan telah dihantar ke pejabat Syria Care di Shah Alam.

Antara baju sejuk yang dihantar

Semoga selamat sampai

   
Thomas untuk anak² Syria

Sweater merah

Sweater hitam

Comelkan! Terima kasih cik Ana yang menyumbangkan baju comel ni

Plan asal nak hantar lebih awal, tetapi dek kerana musim hujan, baju yang dihantar ke dobi ambil masa yang lebih lama utk kering .....


Baru ambil dari dobi. 3 plastik kesemuanya

 
Lepas cuci, semua baju² ini di pack satu-persatu.
Tujuannya supaya bau harum di baju-baju ni boleh sampai ke Syria & hopefully selamat dari kekotoran selepas bersempit-sempit didalam kontena.

Bungkus² supaya bau harum boleh bertahan


Di Syria Care Shah Alam ... kumpulkan setempat dulu, senang nak loading nanti

Update kutipan dana :

Target asal ialah RM 520 ( rm20 x 26 helai). Tetapi jumlah yang berjaya dikumpul ialah RM 1114.

Selepas ditolak kos dobi,  jumlah dana yang diserahkan kepada pihak Syria Care Shah Alam ialah RM 1080

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.
Syukur.


UPDATE : Resit telah diterima pada Jan 2014 sebagai bukti amanah yang telah diserahkan kepada pihak Syria Care

Terima kasih kalian yang bersama-sama dalam project ni. 

Semoga Allah limpahi kalian dengan rezeki yang berlipat kali ganda dan semoga kalian sentiasa didalam rahmat & redhaNya.


Wednesday, December 4, 2013

Kempen BUY & DONATE untuk Syria

TAWARAN TERHAD kepada semua sahabat-sahabat yang ingin menyumbang. 

Hanya berbaki 26 23 19 17 15 pack sahaja


BUY AND DONATE; adalah satu tawaran terhad bergantung kepada stok yang 

DISEDIAKAN. konsepnya ialah; sahabat-sahabat perlu beli dan menyumbang 

BUKAN membeli sambil menyumbang.

 

Contohnya; harga pek yang ditawarkan ialah RM 20. jadi sahabat perlu segera 

GRAB peluang ini dengan membeli beberapa pek yang sahabat suka. 

Contohnya lagi, dua pek. bermakna sahabat perlu bayar RM 40 utk dua pek .


 
TETAPI, sahabat tak dapat pek tu pun, kerana pek berisi baju musim sejuk itu 

akan dihantar ke Syria, dan wang yang sahabat bayar itu akan disedekahkan 

kepada Syria Care untuk membeli bantuan lain seperti susu kanak² dan 

sebagainya.

 

BERMAKNA, dengan BUY n DONATE, sahabat dapat DOUBLE BONUS kerana 

MELINDUNGI mereka dari kesejukan dan MENYUMBANG UNTUK KEPERLUAN 

LAIN.

 

Nota kaki :
---------------------------
Ini ialah project amal & tiada sebarang keuntungan diambil. Setiap sen yang 


diperolehi akan disedekahkan ke Syria. Justeru, siapa yang ingin membeli 

dengan harga lebih dari RM20 adalah dialu-alukan.


Tuesday, December 3, 2013

No amount is too small ~ Tabung Jaulah Aceh.

Bismillah

Saya terbaca posting ni di page Wardina . Rasa sayang pula kalau tak kongsi 

maklumat penting ni.

" Kami di MIZAN akan ke Aceh tidak lama lagi. Kami ingin membantu orang-orang miskin dan anak-anak yatim di sana sempena lawatan ini. Kami mengharapkan bantuan dan sumbangan ikhlas anda walau cuma RM10. Setakat ini jumplah kutipan masih belum mencukupi. Saya doakan ada agar hati mulia yang terbuka untuk membantu... percayalah sedeqah TIDAK pernah mengurangkan tetapi akan menambahkan rezeki. Jangan kita memilih untuk bersedeqah dan berilah apa saja yang termampu."

Kata Kak  Dina lagi, di Aceh wang sebanyak RM10 sahaja mampu menampung 

keperluan anak-anak ni untuk sebulan. Dan mereka juga akan memberikan 

setiap sen sumbangan kepada anak-anak Aceh. Ini bermaksud segala kos 

perjalanan & penginapan untuk menghantar sumbangan adalah atas 

tanggungan individu (keluar duit poket sendiri)


Biar betul, RM10 jer ?? 

Disini dengan RM10, makan sehari pun tak lepas. Lunch jer dah belasan² 

ringgit seorang..


Ish ish...Memang rugi besar kalau kita  tak sama-sama menyumbang.

Sedangkan bersedekah ni memang banyak manfaatnya


Untuk menyumbang, maklumat bank seperti di bawah.

Bank : Maybank
Nama : Mizan. Zai Omar
No Akaun  : 5648 1050 4010
Email :  admin@mizan.my


Selepas buat transaksi, bolehlah email bukti transaksi kepada  

admin@mizan.my, dengan title TabungMahabbahJaulahAceh. Ini penting untuk 

mereka buat audit & kemaskini sumbangan nanti.


PENTING . Kutipan berakhir pada 7 Dec 2013




Update BUY & DONATE for Syria

Alhamdulillah, last Rabu, sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor, saya & suami selesaikan amanah kami untuk project BUY &...