Sunday, November 10, 2013
Resepi berpantang : Siakap Stim Halia mudah & pantas
Selalunya ibu-ibu dalam pantang disuruh membanyakkan makanan
berasaskan halia & lada hitam. Ada yang kata ianya bagus untuk
memanaskan badan & membuang angin dalam badan.
Resepi Ikan Siakap Stim Halia ni memang sangat mudah
disediakan oleh ibu dalam pantang. Malah tak perlu berdiri lama di
dapur & boleh disediakan dalam masa yang singkat .Kiranya
ini resepi campak-campak versi ibu berpantang .
Bahan - bahan :
Seekor siakap saiz sedang dicuci bersih
Sayur : brokoli , saderi & tomato - dicuci & potong ikut suka
Halia anggaran saiz ibu jari - dihiris halus seperti batang mancis
Sebatang serai - dihiris bulat-bulat
Asam keping
Bawang merah & putih - dihiris halus
Lemon /limau
Caranya :
1. Panaskan air di atas kuali dan masukkan bawang merah,
bawang putih, halia, serai
2. Letakkan ikan diatas periuk kukus - perahkan limau/ lemon &
sedikit garam.
Nota : Jika tiada periuk kukus, ikan boleh dimasukkan kedalam step 1 setelah air menggelegak
3. Masukkan sayur-sayuran (kecuali tomato) di dalam periuk kukus
Nota : sayur lebih terpelihara khasiatnya jika dikukus berbanding direbus
4. Setelah ikan lembut, masukkan asam keping kedalam kuah dan
perasakan dengan garam
5. Sedia dihidang
Petua lain untuk kesihatan ibu berpantang ialah elakkan memakan makanan yang sejuk. Seeloknya
makanan terus dimakan semasa masih panas untuk mengelakkan angin / kembung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update BUY & DONATE for Syria
Alhamdulillah, last Rabu, sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor, saya & suami selesaikan amanah kami untuk project BUY &...
-
Selalunya ibu-ibu dalam pantang disuruh membanyakkan makanan berasaskan halia & lada hitam. Ada yang kata ianya bagus untuk mema...
-
Masa dalam pantang, mak memang akan pastikan anak-anaknya bertungku. 'Badan nak pakai lama' katanya. Diusia 63 tahun, ema...
-
Alhamdulillah, last Rabu, sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor, saya & suami selesaikan amanah kami untuk project BUY &...
No comments:
Post a Comment